Cool Orange Pointer Glitter
CINTA DAN KASIH SAYANG MANUSIA CUMA SETITIS JIKA DIBANDINGKAN DENGANSELAUTAN CINTA DAN KASIH SAYANG ALLAH..JIKA ENGKAU KEHILANGAN YANG SETITIS ITU, IA TIDAK AKAN MENJEJASKAN KEHIDUPANMU SELAGI YANG SELAUTAN ITU MASIH ENGKAU MILIKI.. wallahu'alam.. :)

Monday 14 November 2011

4 Hikmah Wanita Bertudung



4 Hikmah Wanita Bertudung


* Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa: Menunjukkan ketaatan dan keimanan beliau kepada perintah Allah swt.

*Mampu mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat: Dengan menutup aurat, wanita boleh menghindarkan diri daripada mangsa cabul dan rogol.

*Membezakan wanita Islam itu dengan yang bukan Islam: Menutup aurat juga melambangkan wanita bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

*bertudung/Jilbab mampu menghalang penyakit kulit: Menurut kajian saintifik, ia membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka wanita memerlukan sistem penjagaan lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki.


Firman Allah swt:-
“Katakanlah (wahai Muhammad saw) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka...” Surah An-Nur ayat 31 - 32

No comments:

Post a Comment