"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
CINTA DAN KASIH SAYANG MANUSIA CUMA SETITIS JIKA DIBANDINGKAN DENGANSELAUTAN CINTA DAN KASIH SAYANG ALLAH..JIKA ENGKAU KEHILANGAN YANG SETITIS ITU, IA TIDAK AKAN MENJEJASKAN KEHIDUPANMU SELAGI YANG SELAUTAN ITU MASIH ENGKAU MILIKI.. wallahu'alam.. :)
Monday, 17 October 2011
Cerpen Cinta Dari Allah S.W.T
"Assalamualaikum wbt... Hawa, Selamat Pagi! Semoga kamu akan sentiasa dirahmatiNya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea... Amin... - (Adam) -”
Aku mencapai telefon tanganku dan membelek-belek SMS ucapan selamat pg yg d terima td. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa en Adam hanya mengirimkan SMS kali ini? Jika tidak, aku yg byk sms pd dia... Ish, hati mula berdebar2... tak mungkinlah dia akan... ermmm...
Aku teringat ketika dia ke kmpungku nibong tebal pulau pinang... Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui SMS d hp dan Facebook. Dan ketika itu, aku masih di kampung 2 hari sebelum beraya... aku takut dia tahu akan perasaan ku pd nya selama ini tp aku masih memendam dan biar ia terus berlalu... bila dia kata pd ku yg dia telah tiba di nibong tebal hati ku menjadi sungguh gembira seolah2 mahu berjumpa dgn nya skrg juga... dlm hati ku berkata adakah dia benar2 di nibong tebal? seolah2 aku tidak percaya... aku sengaja mengujinya dgn bertanya adakah cuaca di sana hujan atau tidak? dan dia berkata
"ya sini hujan rintik2 dan tmpt sendiri x kn x tahu"...
Ya Allah... benar... dia di nibong tebal... Ya Allah... Gembira hatiku x terkata... lantas aku terus ckp pdnya yg aku ingin memberi sesuatu kepadanya sebagai tanda buah tgn dr ku... dia bersetuju... Alhamdulillah... aku lantas mendapatkan ummi ku dan aku meminta izin dr nya untuk keluar sebentar... aku dah x sabar mahu berjumpa dgn org yg aku tidak pernah aku jumpa... dan selama ini hanya melihat dan kenal dia melalui post2nya di group sahaja... setelah aku siap berdandan dan mengenakan baju dan tudung berwarna hitam aku bersiap ke parit buntar seperti yg telah dijanjikan... Rasa malu bila aku bertemu kali pertama dgn nya... aku dtg menyapanya apabila dia berkata pd ku yg dia sedang duduk di 1 sudut bacaan...
"Assalamualaikum... Adam?"
dia menjawab "yer sy..." ,
tersenyum di dalam hati...
"Jom pergi minum2 sambil berbual" .
aku terdiam seketika... tidak berani mahu menyapanya kami diam dan tidak berbicara... suaranya aku dengar sgt merdu... lembut dan sgt menyejukkan hatiku... tiba2 en Adam mengajukan 1 soalan pd ku
“Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?”
en Adam menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman... Aku tergamam sekejap... Hurmmm... Agak menduga, tapi ’simple’ saja...
“Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat dgn elok... Sampai waktu solat, kita solat... Erm… Islamik la pendek cerita!.”
“Hmmm...” En Adam hanya mengangguk-angguk.
“Dalam Islam ada ke macam ni?” En Adam menduga lagi...
Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah!
“Ehhh... tukar topik jer lah.
"Saja je saya tanya…” En Adam cuba menyedapkan hati."oh ye nie ade hadiah untuk awk..."
"Terima Kasih... dan ini untuk awk kueh yg sy buat dan tidak seberapa..." sambil di dalam hati ku tersenyum...
Tidak lama selepas itu En Adam pulang semula ke kelantan untuk pulang berhari rayer... sejak dr hari itu kami menjadi semakin rapat... dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan hal sebenar dan tujuan dia dtg ke parit buntar. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja walaupun sebelum ini kami sgt akrab d msg dan aku sgt rindu pd msg2nya. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian DIA akan jaga hubungan kita.’
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan selamat pg itu. 'Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor En Adam yang terpapar.
“Esok free tak? Boleh kita chatting?”
“Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas.
Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk sapa aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia sudah semakin sayang padaku.
“Ok.Tq…” balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online. ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ En Adam has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya…
Adam: assalamualaikum wbt.
Hawa: waalaikummusalam…
Adam: apa khabar? sihat? iman baik?
Hawa: Alhamdulillah… sihat2...=) awak?
Adam: Alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… tp takpe sy dapat mengawalnya dgn baik, ok je semua... hurm… study macam mana?
Hawa: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Adam: takpe, study rajin2 ye... hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya… hurm…
Hawa: apa dia? tanya la… sila2...
Adam: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Hawa: ermmm… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… heeee tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan? so, statusnya kawan je la…
Adam: hurmmm…
Hawa: ehhh, tak betul ke?
Adam: hurmmm... ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2... atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima...
(Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…)
Hawa: jadi…???
Adam: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah seketika… sbb... errr... sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru… benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku… walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’… huhhh… saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat… kononnya Islamik… saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik… saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh...hurmmm… jadi, saya rasa kita harus berpisah sementara sehingga yg HALAL akan dtg menyatukan kita… demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi… sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat… dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…InsyaAllah andai awk adalah jodoh sy, awk pasti akan menjadi isteri sy... Assalamualaikum...
(Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang... Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membasahi meja... Sedikit terpercik pada keyboard laptop... Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini... Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata... Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada... Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut... Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh En Adam itu... Di saat ini, hanya Allah SWT yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini... Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan... Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah SWT…
"ya ALLAH ya tuhan ku, yang maha pengasih lagi maha penyayang. aku memohon kepada mu ya ALLAH, jika ini adalah suami yang terbaik untukku ya ALLAH, engkau satukanlah hati kami, engkau rahmatilah rumah tangga kami dengan keimanan dan engkau curahkab lah rahmatmu keatas diri kami, keluarga kami, muslimin dan muslimat seluruhnya. aku berserah ke atas mu ya ALLAH, sesungguhnya ya ALLAH, engkaulah yang maha melihat dan mengetahui. amin, amin, amin ya rabbal alamin.."
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah SWT dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas….
Hawa: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah… moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga... waalaikummusalam wbt... (Signed out)
Aku merasakan hubungan 1 mggu yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah... Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
“Sayang… Cepat turun ni... kita dah lambat nak ke rumah saudara-mara abg"
Tiba2 aku terdengar sahutan Suamiku... Muhammad Adam... Ya dia lah suamiku yg tercinta... Berkat kesabaran yg kami tanggung sewaktu perkenalan yg manis akhirnya kami d satukan dengan 1 ikatan yg sgt HALAL di sisi Allah SWT... Allah SWT tidak akan membiarkan hambanya yg yg telah bersabar itu tidak mendapat ganjaran dr pd NYA... sabar itu separuh dr pd iman... dan kami telah memelihara keimanan kami berdua hingga kami telah sah di 1 kan bergelar suami isteri... Alhamdulillah...
"Saat yg manis ini sy x akan lupakan hingga ke akhir hayat sy, sy CINTA hanya abg seorg... abg lah BIDADARA sy..."
Suamiku menatap ke arahku dan mecium mesra dahi ku.... terasa keindahan bercinta selepas pernikahan dan CINTA yg HALAL d sisi NYA...Allahu Akbar!!!
"lelaki baik untuk wanita yg baik"
Hasil Nukilan : Nur Wahidayah Abu Bakar ♥
Labels:
CINTA IS lOVE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment