Cool Orange Pointer Glitter
CINTA DAN KASIH SAYANG MANUSIA CUMA SETITIS JIKA DIBANDINGKAN DENGANSELAUTAN CINTA DAN KASIH SAYANG ALLAH..JIKA ENGKAU KEHILANGAN YANG SETITIS ITU, IA TIDAK AKAN MENJEJASKAN KEHIDUPANMU SELAGI YANG SELAUTAN ITU MASIH ENGKAU MILIKI.. wallahu'alam.. :)

Monday, 10 September 2012

♥ CEBISAN NASIHAT BUAT SEMUA NIQABIS & BAKAL NIQABIS ♥



" Wah, cantik dia pakai jubah , tudung labuh dan purdah,
mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.”

“Pakai niqob nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”

Siapakah yang penyebab dialog diatas,
pemakainya atau yang melihatnya?

Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. ..

Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini,
kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat…

Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar…

Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. ..

Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah,
kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?

Jangan jadikan niqab ini fesyen…

Tidak…Jangan begitu…
Kalau pakai niqob kerana itu,
maka niqob sudah menjadi fesyen,
bukan lagi kerana mendapat redha Allah,
bukan lagi kerana ingin menutup fitnah…

Niqob nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau trend orang dakwah…

Kenapa pakai?
Sebab kalau nak jadi ustazah,
kena pakai niqab baru nampak macam ustazah…

Jangan….
Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik…

Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob,
memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob…

Tak pakai niqob juga,
bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah…

Sejak bila pulak,
niqob menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqob,
teruskan dan perbaiki peribadi…
berniqob akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain…

Ada yang ingin menghina,
maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu…

Ada yang ingin mencontohi,
maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu..

Ada yang ingin menghargai, mempercayai,
maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka…

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah,
mendapat redha dan mardhatillah….

Jaga diri, jaga akhlak,
jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah…

Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’,
dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh…

Lebih buruk lagi,
kejatuhannya memburukkan pula Islam…

Terakhir untuk semua gadis muslimah..

Maka,
pakailah dengan kefahaman yang jelas…

Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman…

Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikutan kakak atau ustazah,
bukan sebab trend, bukan sebab fesyen…

Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut…

Thursday, 23 August 2012

Biar Cinta Itu Datang...


Kusedari kekuatan cinta selalu dapat melumpuhkan aku,
maka bila cinta itu hadir dan bertakhta di hati rapuh ini,
maka biarkan cinta itu datang kerana-Mu,
dan untuk dapat mengenal dan merindu-Mu.
Agar cinta ini juga yang dapat mengeratkan diri ini kepada-Mu bersama redha-Mu. 

Pimpin aku dengan keImanan,
Tuntun aku dengan keTaqwaan,
Agar aku mampu melangkah bersamamu meraih redha RABB mu.

Aamiin.

Sunday, 1 April 2012

Buat Bakal Zauj & Zaujah..

Zauj dan Zaujah ku…

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.

“Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu”