Cool Orange Pointer Glitter
CINTA DAN KASIH SAYANG MANUSIA CUMA SETITIS JIKA DIBANDINGKAN DENGANSELAUTAN CINTA DAN KASIH SAYANG ALLAH..JIKA ENGKAU KEHILANGAN YANG SETITIS ITU, IA TIDAK AKAN MENJEJASKAN KEHIDUPANMU SELAGI YANG SELAUTAN ITU MASIH ENGKAU MILIKI.. wallahu'alam.. :)

Wednesday, 3 July 2013

Perhatian..

Isteri col suami tapi x dapat.... Dalam hatinya fikir mungkin suaminya dalam bekerja x dapat angkat col, lagi2 kena outstation..

ISTERI : (*text sms) Salam, abg nanti ada masa lepas Isyak col yea..

SUAMI : (*reply sms) Wlkslm, tunggu abg malam ni yea..

ISTERI : (*reply sms) Ok abang.

SUAMI : (*reply sms) 

******
PENGAJARAN : Isteri col dan mesej sbb rindu, kemudian suaminya reply dgn 'sweet' terubat hati.. Kalaulah suami cuma *reply sms dgn perkataan 'K' sahaja.. Mesti menangis isteri, dah la rindu lepas tu x dilayan sangat. Cara sms isteri pun kena pandai tau! Heee..

TULISAN : Aidil Sahipaludin (Pakar Diari Hati)

Wednesday, 26 December 2012





‎"HaHaHa!!ko tengok tu "khemah Bergerak"
"Pergh, labuhnya tudung, macam khemah muat untuk 8 orang..!"
"Eww, besar gedabak baju dia, tak up-to-date langsung ..! "
"Stokin..eeww...Mesti kaki dia buruk kan, sebab tu dia tutup .."

~♥~ Wahai Muslimah Yang Dirindui Syurga ~♥~
PEKAKkan telingamu dari mendengar cacian mereka..BUTAkan matamu dari melihat jelingan sinis mereka..Dan BUKAlah hatimu serta yakinlah, Allah tetap ada sebagai penghibur duka.. ^_^

P/s: Tak mengapa andai tak cantik pada pandangan manusia, janji cantik pada pandangan Allah..Kerana jika hanya cantik pada pandangan manusia tapi hakikatnya Allah s.w.t tak suka, buat apa ..kan kan kan...

Monday, 10 September 2012

♥ CEBISAN NASIHAT BUAT SEMUA NIQABIS & BAKAL NIQABIS ♥



" Wah, cantik dia pakai jubah , tudung labuh dan purdah,
mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.”

“Pakai niqob nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”

Siapakah yang penyebab dialog diatas,
pemakainya atau yang melihatnya?

Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. ..

Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini,
kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat…

Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar…

Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. ..

Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah,
kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?

Jangan jadikan niqab ini fesyen…

Tidak…Jangan begitu…
Kalau pakai niqob kerana itu,
maka niqob sudah menjadi fesyen,
bukan lagi kerana mendapat redha Allah,
bukan lagi kerana ingin menutup fitnah…

Niqob nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau trend orang dakwah…

Kenapa pakai?
Sebab kalau nak jadi ustazah,
kena pakai niqab baru nampak macam ustazah…

Jangan….
Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik…

Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob,
memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob…

Tak pakai niqob juga,
bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah…

Sejak bila pulak,
niqob menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqob,
teruskan dan perbaiki peribadi…
berniqob akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain…

Ada yang ingin menghina,
maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu…

Ada yang ingin mencontohi,
maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu..

Ada yang ingin menghargai, mempercayai,
maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka…

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah,
mendapat redha dan mardhatillah….

Jaga diri, jaga akhlak,
jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah…

Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’,
dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh…

Lebih buruk lagi,
kejatuhannya memburukkan pula Islam…

Terakhir untuk semua gadis muslimah..

Maka,
pakailah dengan kefahaman yang jelas…

Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman…

Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikutan kakak atau ustazah,
bukan sebab trend, bukan sebab fesyen…

Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut…